Ada Apa Dengan D.I.A?

Dalam usaha mengembangkan lagi promosi dan skop da’wah AtapHijau.com,
pihak pengurusan AtapHijau.com telah mengemukakan satu idea kem musim
panas anjuran AtapHijau yang dirancangkan untuk diadakan setiap kali cuti
musim panas pada sekitar bulan Jun hingga Ogos. Program ini diberi nama
‘weekenD wIth Aj’ atau nama singkatannya D.I.A dan bertujuan untuk mengetengahkan
konsep ‘Da’wah is Fun!’ Konsep ini adalah satu usaha untuk mengubah persepsi
sesetengah masyarakat terutamanya golongan remaja ataupun pelajar bahawa da’wah
itu hanya boleh dilakukan oleh ‘golongan-golongan tua di masjid’. Dengan konsep
ini, AJ mahu memberi nafas segar kepada terma da’wah itu sendiri dan menyedarkan
golongan-golongan remaja ini yang da’wah sebenarnya boleh dijalankan oleh
sesiapa sahaja, malah sebenarnya tanggungjawab da’wah ini amat penting
dijalankan oleh golongan-golongan muda.

Bagi sesi D.I.A 2010, tema yang dipilih untuk program ini adalah
‘Transformers: Rise of the Fallen’. Perkataan ‘transformers’ itu sendiri
adalah untuk membawa anjakan paradigma kepada satu perubahan (transform) diri
sendiri. Asas kepada da’wah adalah keinginan untuk mengubah diri dari yang
kurang baik kepada yang lebih baik. Konsep ‘Rise of the fallen’ pula membawa
idea untuk membangkitkan semangat umat ini untuk mencapai kembali kemenangan
Islam. Program ini bertujuan untuk mengembalikan semangat pelajar untuk menjadi
Muslim sejati yang menggalas tugas untuk menegakkan Islam. Program ini bakal
berteraskan kesepaduan elemen Da’wah, Motivasi dan juga Team Building dengan
memberi penekanan kepada aktiviti ‘outdoor’ yang lebih praktikal dan usaha membawa
pendekatan dakwah yang praktikal, membina motivasi sebagai pelajar dan muslim,
dan menggalakkan kesatuan dan kerjasama dalam kalangan pelajar Islam.

Target peserta untuk program kali ini adalah pelajar dari institut pengajian
tinggi dalam dan luar negara.

0 Comments to "Ada Apa Dengan D.I.A?"

Post a Comment

© Copyright Reserved AJ Summercamp | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft