FAQ

1. Siapa Penganjur DIA?
DIA adalah usaha dakwah yang dianjurkan oleh AtapHijau atau singkatannya AJ dalam usaha menyebarkan dengan lebih menyeluruh. AtapHijau adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di University College Cork, Ireland berasaskan laman web, www.ataphijau.com, dalam usaha untuk menyampaikan dakwah di bumi Ireland dan juga di Malaysia. AtapHijau juga mempunyai Nasyid Group tersendiri yang banyak membuat persembahan seperti yang terbaru di hadapan Presiden of Ireland, Mary McAllesee. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang AtapHijau, Clik Sini.

2. Apakah DIA?
DIA adalah singkatan kepada weekend wIth AJ ( DIA). Ia adalah sebuah Camp Musim Panas yang mengetengahkan kesepaduan element Motivasi, Dakwah dan juga Team Building.Program ini juga bertujuan untuk mengetengahkan konsep ‘Da’wah is Fun!’ Konsep ini adalah satu usaha untuk mengubah persepsi sesetengah masyarakat terutamanya golongan remaja ataupun pelajar bahawa da’wah itu hanya boleh dilakukan oleh ‘golongan-golongan tua di masjid’. Dengan konsep ini, AJ mahu memberi nafas segar kepada terma da’wah itu sendiri dan menyedarkan golongan-golongan remaja ini yang da’wah sebenarnya boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja, malah sebenarnya tanggungjawab da’wah ini amat penting dijalankan oleh golongan-golongan muda. Selain itu, penekanan aspek motivasi dalam bentuk aplikasi yang lebih praktikal sebagai usaha memotivasikan diri kita sebagai seorang Muslim yang cemerlang dalam kehidupan kita. Ini disepadukan dengan Team Building sebagai satu usaha mewujudkan ukhuwah dan menggerakkan tenaga kerja dalam bentuk pasukan yang penting dalam kehidupan seharian kita sebagai pelajar, pekerja, mahupun pemimpin.

3. Bilakah dan dimanakah DIA?
Tarikh : 25 – 27 Jun 2010
Tempat : Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor
Yuran : Malaysia ( RM 30 ), UK/Eire ( 15 GBP/ Euro)

4. Untuk siapakah DIA?
Adakah anda tergolongan sebagai REMAJA? Jika ya, DIA adalah untuk anda. DIA direka khas untuk para remaja, dalam usaha membawa kesegaran kepada terma dakwah dengan membawa sesuatu yang lebih menarik dan praktikal sesuai dengan keperluan diri seorang remaja. Ia khusus untuk pelajar-pelajar Universiti dalam dan Luar negara. Selain itu, ia juga sesuai untuk pelajar-pelajar lepasan sekolah mahupun remaja yang sudah bekerja.

5. Apakah Tema DIA?
DIA 2010 membawakan tema, Transformers : Rise of The Fallen. Perkataan ‘transformers’ itu sendiri adalah untuk membawa anjakan paradigma kepada satu perubahan (transform) diri sendiri. Asas kepada da’wah adalah keinginan untuk mengubah diri dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Konsep perubahan melalui Theory Stages of Change yang popular yang sering diamalkan dalam terapi perubahan tingkahlaku, akan disepadukan dan dikupas dari perspektif sebagai seorang remaja muslim dengan memberi penekanan aspek perubahan yang lebih praktikal. Konsep ‘Rise of the Fallen’ pula membawa idea untuk membangkitkan semangat umat ini untuk mencapai kembali kemenangan Islam. Program ini bertujuan untuk mengembalikan semangat pelajar untuk menjadi Muslim sejati yang menggalas tugas untuk menegakkan Islam.

6. Apakah aktiviti DIA?
DIA direka untuk memberi penekanan aspek praktikaliti. Ia juga dibawa dalam bentuk ‘outdoor’ yang lebih seronok, santai, segar, namun sangat bermanfaat dengan kesepaduan element team building yang kuat. Aktiviti yang dirancang adalah seperti ‘Eksplorasi Dakwah’, Campfire, Aktiviti lasak berbentuk fizikal, Perbincangan dalam kumpulan dan pelbagai lagi aktiviti ‘Outdoor’ yang menarik. Dia, juga mengandungi slot pengisian berbentuk ceramah disampaikan oleh Penceramah Khas yang dijemput yang bakal mengupas tema Transformers : Rise of The Fallen dengan lebih terperinci dalam bentuk yang santai dan segar.

7. Siapa Penceramah DIA?
DIA membawakan penceramah yang mampu menjadi Ikon kepada remaja. Ia bakal disampaikan oleh remaja yang memahami keperluan dan tuntutan kehidupan sebagai remaja. Penceramah dijemput khas yang berpengalaman menjalani hidup sebagai remaja di dalam dan laur negara dengan pengalaman dan ilmu yang mendalam untuk dikongsikan bersama.

8. Bila tarikh tutup pendaftaran DIA?
Penyertaan terhad. Pendaftaran akan ditutup pada 15 jun 2010. Jadi apa tunggu lagi, daftarkan diri anda sekarang dan jangan lepaskan peluang keemasan ini.

9. Macam mana nak mengesahkan pendaftaran?
AJK pendaftran akan menghantar emel pengesahan sebaik sahaja peserta mendaftar. Cara dan tarikh tutup pembayaran yuran DIA juga diterangkan di dalam emel tersebut.

0 Comments to "FAQ"

Post a Comment

© Copyright Reserved AJ Summercamp | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft